CONCRETE, Washington: Seorang lelaki berusia 43 tahun mati selepas tidak sengaja menembak dirinya di muka ketika mengambil selfie, lapor polis. Akhbar Skagit Valley Herald melaporkan lelaki itu dan teman wanitanya sedang mengambil gambar mereka bersama senjata api berkenaan Ahad lalu di sebuah kediaman sebelum tertembak dirinya sendiri.
Ketua Pejabat Sherif Skagit County, Chad Clark berkata wanita itu melaporkan dia dan teman lelakinya mengambil gambar beberapa kali dengan senjata berkenaan dan lelaki itu pernah mengisi dan mengeluarkan peluru beberapa kali.
Clark berkata, peluru masih ada di dalam senjata api berkenaan pada kali terakhir dia menembak. Kematian itu disiasat sebagai tidak sengaja dan nama mangsa juga belum dikeluarkan.
Silahkan Lihat Videonya Di bawah:
loading...
loading...